Your Ad Here

Bayi Makhluk Asing...





















Satu laporan top-secret kerajaan menjelaskan bahawa sebuah kapal angkasa dari galaksi lain terhempas di kawasan New Mexico. Satu-satunya mangsa yang terselamat daripada kemalangan itu adalah seorang bayi yang berumur 3 tahun. Bayi perempuan itu dikeluarkan dari sebuah bekas keselamatan yang terpelanting keluar beberapa saat sebelum kapal angkasa itu terhempas.

Kejadian itu disaksikan oleh puak Indian Navajo yang kemudiannya menghubungi pihak tentera dengan segera. Pihak berkuasa itu pula tidak memberikan komen sama ada mahu mengesahkan atau menafikan kejadian dan adanya bayi makhluk asing mangsa kapal angkasa yang terhempas itu.

Laporan itu menjelaskan lagi bahawa pihak tentera yang dilatih khas untuk menyelamatkan dan mencari mangsa kemalangan angkasa lepas menemui 4 mayat yang telah hangus daripada bangkai kapal angkasa yang terhempas itu. Laporan sulit 'eyes only' itu dikeluarkan oleh seorang ahli fizik angkasa lepas yang tidak bersetuju dengan rancangan kerajaan untuk menjalankan pelbagai ujian termasuk membedah otak bayi makhluk asing itu.

"Mereka mahu menyelidik dan membedah bayi makhluk asing yang malang itu sama seperti mereka lakukan ke atas tikus-tikus di makmal", terang doktor itu dengan marah. "Bayi itu adalah makhluk yang masih hidup dan bernafas serta mempunyai daya pemikiran yang tinggi daripada apa yang dapat kita gambarkan", katanya lagi.

Doktor itu yang tidak dapat dikenalpasti menggambarkan bayi makhluk asing itu tidak banyak berbeza dengan bayi manusia dari segi saiz, bentuk dan berat tetapi mengatakan persamaan itu hanya setakat itu sahaja.

"Wajahnya seakan-akan yang terdapat di dalam buku-buku komik cereka sains. Dia mempunyai mata yang besar dan bersinar. Oh Tuhan! Bila dia memandang ke arah saya, saya dapat merasakan dia seakan melihat terus ke dalam jiwa saya. Kulitnya bewarna biru cair dan jarinya sungguh panjang dan kurus. Hujung jari-jarinya leper dan seperti mangkuk penyedut yang kecil. Hidungnya mempunyai persamaan dengan manusia tetapi mulutnya tidak mempunyai bibir dan bagi saya lebih kurang menyerupai bibir beruk. Itulah satu cara yang dapat saya gambarkan mengenai bayi itu. Dia tidak mempunyai gigi tetapi itu adalah seperti yang dijangkakan bagi bayi berusia 3 bulan. Tetapi apa yang saya dapati, yang paling aneh adalah telinganya. Ia kelihatan tajam dan sangat besar. Tetapi saya gembira bila melihat bayi itu mempunyai rambut. Ini bermakna dia adalah mamalia dan boleh melahir dan menjaga anak. Dia juga mempunyai organ seks kelihatan sama seperti manusia."

Doktor itu berkata begitu kerana bayi makhluk asing itu adalah mamalia, mungkin dia memerlukan susu ibu.

"Sedih sekali salah satu daripada mayat rentung yang ditemui itu adalah ibunya", tambahnya lagi. Menjumpai bayi itu adalah meerupakan satu nasib yang amat baik sekali...peluang dalam sejuta untuk kita mengembangkan pengetahuan dalam kehidupan yang terdapat di universe, jauh daripada apa yang dapat kita mimpikan", katanya lagi.

"Dengan membawa kehadirannya secara terbuka seperti yang saya lakukan ini akan menghalang mereka daripada terus menjalankan kajian yang boleh membahayakan nyawa bayi makhluk asing itu. Bayi itu dalam perhatian sekarang dan berjuta-juta orang di merata dunia akan memastikan si kecil itu mendapat peluangnya untuk hidup, sama seperti kita semua.


betul ke ek? huhuhuuuu

pemandangan menakjubkan sungai di bawah sungai








tanpa wayar





Teknologi sekarang ni, penghantaran data sunggu mudah. Jika dulu teknologi infra red , bluetooth dan lepas tu wi-fi .sekarang ni orang tanpa wayar pun ada. Selain dari tidak nampak wayar berselirat wireless ni lebih murah berbanding dengan kos wayar

Sebab tu sebuah syarikat di Arab Saudi mencipta router dari pasu bunga. Selain digunakan untuk bertenet digunakan juga sebagai perhiasan.


Cuepacs Mohon Imbuhan Tambahan RM500

Cuepacs meminta kerajaan menimbang memberi imbuhan tambahan RM500 kepada semua penjawat awam.

Presidennya Omar Osman berkata Cuepacs memahami keadaan ekonomi sekarang yang menyebabkan kerajaan tidak dapat memberi bonus tetapi ia berharap kerajaan dapat menambah RM500 lagi kepada imbuhan serupa yang diumumkan oleh kerajaan sebelum ini.

"Permintaan tambahan RM500 ini adalah antara yang diputuskan hari ini," katanya pemberita selepas kongres Cuepacs 2009/2010 di sini hari ini.

Kerajaan telahpun mengumumkan bayaran imbuhan RM500 kepada kakitangan awam dalam Kumpulan Sokongan dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional untuk tahun ini.

Omar berkata Cuepacs berharap pemberian tambahan RM500 dibayar menjelang persekolahan tidak lama lagi bagi meringan bebanan kewangan penjawat awam.

"Cuepacs telah menyampaikan hasrat itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan beliau minta tunggu dulu," katanya. BERNAMA

macam macam lah ko orang ni....sampai rambut pun jadi mangsa lelong....!!!

Jual rambut untuk bayar hutang



KEMELESETAN ekonomi global nyata menggoyah kesinambungan hampir semua sektor perniagaan. Sama ada syarikat kewangan gergasi atau kedai runcit, semua merasai tempiasnya.

Kerugian yang dialami mencecah berbilion ringgit. Tekanan dalam kalangan peniaga kian terasa berikutan pengguna mengurangkan perbelanjaan mereka sebagai langkah berjimat-cermat. Tidak terkecuali merasai peritnya ialah golongan wanita.

Pembekuan pengambilan dan pembuangan pekerja menyebabkan ramai wanita kehilangan pekerjaan. Suri rumah yang sebelum ini banyak bergantung kepada duit poket suami nampaknya terpaksa memikirkan sesuatu untuk meningkatkan taraf ekonomi keluarga.

Keadaan tidak menentu itu, secara tidak langsung mendorong kaum wanita mencari jalan alternatif untuk menjana pendapatan secara lebih kreatif. Terdesak untuk mendapatkan duit, ramai yang bekerja sambilan sama ada menjadi tukang jahit, tukang cuci, menjual kuih-muih, tukang sapu atau pengasuh kanak-kanak.

Namun begitu, lain pula situasinya di Sepanyol. Golongan wanita yang kesempitan wang dan tidak bekerja di sana telah mengambil satu langkah drastik.

Mungkin kedengaran aneh. Wanita-wanita itu mengambil keputusan untuk menjual rambut mereka kepada Justino Delgado. Delgado, merupakan seorang pengusaha dan pengeksport rambut semula jadi yang terkenal di Madrid, Sepanyol.

Tanpa disedari, aktiviti menjual rambut menjadi salah satu trend majoriti wanita di negara tersebut. Bagaimanapun, alasan di sebalik perbuatan pelik itu cukup besar maknanya.

Duit yang diterima daripada hasil jualan rambut digunakan untuk membayar bil-bil utiliti persendirian dan keluarga, selain untuk melangsaikan hutang-hutang tertangguh berikutan sumber kewangan yang tidak menentu.



SEORANG pekerja mengering rambut-rambut semula jadi wanita Sepanyol.


Saban hari, ramai wanita dari seluruh Sepanyol datang ke firma Delgado yang beroperasi sejak 50 tahun lalu. Selain wanita berambut tebal dan panjang, ada juga beberapa gadis berambut pendek yang cuma mempunyai tocang ekor kuda pergi ke sana dengan niat yang sama.

"Motif perniagaan ini adalah untuk mengumpul rambut. Jika seseorang wanita hanya mempunyai tocang ekor kuda bersaiz kecil dan halus, mereka tetap diterima di sini," kata Delgado.

Wanita tempatan yang sedar akan permintaan tinggi tersebut berpusu-pusu pergi ke sebuah gudang yang terletak berhampiran bandar Madrid. Kehadiran mereka semakin meningkat setiap hari terutama sejak beberapa bulan lalu.

Fenomena itu diakui oleh Delgado yang bertanggungjawab mengeksport rambut-rambut semula jadi untuk menghasilkan rambut palsu dan rambut sambung ke pasaran antarabangsa termasuk Asia, India dan China.

Memang kunjungan ramai wanita itu memberi keuntungan berlipat ganda kepada perniagaannya. Namun Delgado bimbang dan sedih apabila mengenang nasib wanita Sepanyol yang terpaksa menjual 'mahkota' mereka demi wang.

Pemilik The Warehouse of Human Hair yang mula dibuka di Sepanyol pada tahun 1962 itu memberitahu, dia menawarkan harga bermula 50 euro sehingga 150 euro (RM255 hingga RM765) untuk mendapatkan rambut-rambut tersebut. Penetapan harga berdasarkan kepada kepanjangan dan ketebalan rambut yang diterima.

Rambut wanita yang memenuhi kriteria itu akan menerima bayaran lebih lumayan berbanding dengan yang lain. Selalunya, mereka yang berambut tebal serta panjang akan balik dari gudang itu dengan poket tebal dan hati gembira.

Dalam pada itu, beberapa syarat penting telah ditetapkan sebelum menerima rambut daripada para 'penjualnya'. Antaranya, Delgado akan memastikan rambut yang dijual itu mempunyai kepanjangan lebih 40 sentimeter. Rambut itu juga mestilah tidak pernah diwarna menggunakan mana-mana bahan kimia yang boleh merosakkan struktur aslinya.

Jelas Delgado, helaian rambut yang dibeli daripada wanita tempatan disimpan rapi bagi menjamin keaslian dan kualitinya. Kadangkala, tocang ekor kuda yang disimpan selama sebulan di dalam laci masih elok mutunya.



RAMBUT-RAMBUT akan dicuci beberapa kali sebelum dieksport kepada pedagang antarabangsa.

Sebelum dieksport kepada pedagang antarabangsa dan tempatan, rambut-rambut itu akan dicuci beberapa kali. Kemudian, sebahagian kecil rambut itu akan diwarna menggunakan mesin-mesin yang direka khas oleh sekumpulan jurutera dari Madrid.

Dia yang begitu teliti dan terperinci mengendalikan teknologi perniagaan itu tidak membenarkan para pengunjung melihat mesin-mesin khas tersebut. Proses seterusnya, rambut-rambut berkenaan akan dikering, disikat serta diikat dengan begitu rapi.

Semua proses yang memakan masa itu dilakukan oleh kira-kira 30 orang pekerja termasuk anak perempuannya yang dikenali sebagai Yolanda. Biarpun dengan bantuan tenaga pekerja yang terhad, Delgado berjaya menguruskan gudang itu dengan baik, selain cuba memenuhi permintaan setiap pelanggannya.

"Selain krisis ekonomi dunia, pertumbuhan perniagaan ini juga amat bergantung kepada perkembangan fesyen tempatan dan antarabangsa. Ini kerana trend menggunakan rambut palsu dan rambut sambung semakin popular dalam kalangan wanita moden.

"Mereka sanggup berbelanja lebih semata-mata untuk memiliki item-item fesyen ini yang menjadikan mereka lebih bergaya, jelita dan trendy," jelas Delgado.



RAMBUT yang sudah kering akan disikat dan diikat dengan begitu rapi.

Menurutnya, rambut wanita Eropah mendapat permintaan lebih tinggi daripada para pelanggan kerana teksturnya lebih lembut berbanding dengan rambut orang Asia.

Dia yang mengeksport 80 peratus daripada pengeluarannya ke negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat (AS) memberitahu, lazimnya para pembeli dari utara Eropah mencari rambut-rambut yang mempunyai warna-warna menarik.

"Contohnya, wanita Jerman lebih gemar memiliki rambut berona chestnut (buah berangan) yang kemerah-merahan," ujarnya.

Perodua Alza

Menjadi MPV pertama daripada Perodua, mampukah Alza meneruskan kejayaan model Myvi dan Viva?



AWAL tahun ini, saya berkesempatan ke Jepun membuat liputan Tokyo Auto Salon 2009. Bagi sebuah negara yang memiliki industri automotif terbesar dunia, pengeluar kereta daripada pelbagai segmen, model baru yang hampir saban minggu memasuki pasaran, Jepun memiliki landskap automotif yang unik.

Saya percaya, jika anda sekadar rakyat biasa, adalah mustahil untuk megenali setiap model yang terdapat di Jepun. Daripada model K-Car yang banyak macam basikal, MPV ibarat Yamaha LC dengan bermacam-macam varian.

Pameran Tokyo Auto Salon itu juga menjadi tumpuan penala (tuner) aftermarket untuk mempersembahkan produk yang bakal memasuki pasaran. Saya tidak akan bercerita mengenai industri aftermarket di sana, cuma saya tertarik di satu sudut tapak pameran terdapat beberapa buah model Passo Sette talaan khas, Modellista dan Admiration.

MPV Perodua

Ketika itu juga, Malaysia sedang hangat dengan desas-desus bahawa Perodua bakal memperkenalkan MPV pada 2009. Secara jujurnya, saya tidak langsung menjangka bahawa Perodua akan mengambil Passo Sette/Boon Luminas sebagai asas kerana logiknya, Daihatsu Luxio ialah calon paling sesuai.

Daihatsu Luxio ialah projek luar Jepun yang berjaya, sama seperti Gran Max yang amat popular di Indonesia. Ia seperti masyhurnya dengan Toyota Lite Ace. Cuma vanmini itu lebih kecil. Namun jika melihat kepada poliferasi dan strategi Toyota-Daihatsu di Asia dan Malaysia khususnya, model Luxio adalah yang paling hampir sifatnya. Lihat sahaja segmentasi mini dan midi MPV yang dikuasai Avanza dan Innova. Tiada Estima, Ipsum atau Isis sekalipun.



ENJIN bersesaran 1.5 liter ini juga agak menjimatkan.

Apabila khabar angin tentang Perodua MPV D46T bertiup kencang, gambar spyshot mula kelihatan di laman web, saya kembali mencari dalam cakera keras gambar yang dirakam. Ya. Ia kereta yang sama disaksikan awal tahun ini. Passo Sette dan Boon Luminas yang telah pun saya tulis dalam artikel dua bulan yang lalu. Perodua secara rasminya telah melancarkan Alza, model MPV 'tempatan' kedua selepas Proton Exora.

Ia dijual pada harga bermula RM56,000 hingga RM64,000 untuk varian standard dan premium. Sama dengan strategi sebelum ini, Perodua turut menawarkan varian advance pada harga RM67,000 hingga RM70,000. Ia merupakan versi pakej penuh bersama badan, sistem navigasi GPS dengan kamera undur, tinted dan tempat duduk kulit.

Terlalu banyak pilihan

Perodua memang bijak mencari peluang. Kini ia menguasai pasaran kenderaan penumpang menerusi hanya dua model, Myvi dan Viva. Mungkin pelik, tetapi itulah ajaibnya tentang Perodua, mereka berjaya mengisi kekosongan dengan hanya dua model yang menguasai senarai jualan setiap bulan.

Jika mengambil kira persaingan terus Perodua dengan Proton, jualan Myvi dan Viva setiap bulan sentiasa mendahului angka jualan gabungan model Saga, Persona, Exora, Waja dan Satria Neo.



TUIL gear yang diletakkan pada konsol tengah membuatkan papan pemuka Alza nampak kemas.

Terlalu banyak pilihan kepada pengguna juga tidak bagus. Perodua belajar tentang pasaran dengan berhati-hati. Kalau kemampuan yang menjadi ukuran, mereka mampu memperkenalkan dua atau tiga model setiap tahun. Namun realitinya, banyak jenis kereta dalam satu segmen, tidak bagus untuk jumlah pembeli yang terhad.

Lihat sahaja Proton, mereka ada model yang saling bersaing sesama sendiri. Strategi pasarannya membingungkan, malah pelan mereka kadangkala bercanggah dengan kehendak pasaran.

Mereka ada Saga dan Savvy untuk pembeli kereta kecil. Model Persona, Gen2 dan Waja untuk pembeli kereta sedan. Segmentasi Proton memang tunggang-langgang. Pada satu ketika, mereka memperkenalkan Waja sebagai membuktikan mereka pembuat kereta yang bebas. Kemudian, muncul pula Gen2 dan tidak lama selepas itu Persona.

Apabila jualan Gen2 jatuh, mereka ubahsuai Gen2 sebagai model sporty. Bukankah sporty itu pasaran Satria Neo? Kemudian Savvy dengan reka bentuk yang saya percaya tidak ramai rakyat Malaysia boleh menerima rekaan keterlaluan sebegitu.



RUANG penyimpanan barang untuk kegunaan semua.

Lebih memeranjatkan, mereka sekali lagi bergabung dengan Renault. Sedangkan Tiara sudah membuktikan prestasinya. Tidak lama kemudian, Saga dilancarkan. Walaupun ia laris bak goreng pisang panas, saya percaya sehingga ke hari ini, pelaburan Savvy belum pun balik modal.

Pasaran kerap kali bergantung kepada permintaan. Dalam hal ini saya terpaksa mengakui bahawa Perodua sentiasa berjaya mencari formula yang terbaik. Alza dikatakan memenuhi pasaran semasa buat pembeli yang mahukan sebuah MPV kecil. Ia boleh bersifat MPV ataupun sebuah kereta (station wagon lagi sesuai rasanya).

Kajian mendalam

Mereka telah membuat kajian bahawa hanya sebilangan kecil sahaja yang menggunakan tempat duduk barisan ketiga dalam MPV. Kehendak pasaran juga mahukan sebuah MPV yang sporty yang mampu mereka miliki.

Mampu dimiliki? Ia mungkin Avanza, sporty? Sudah tentu Alza. Kuasa? Tiada MPV yang berkuasa dalam kelas ini, baik Avanza, Exora atau Grand Livina. Jika anda mahukan kuasa, beli sahaja Swift Sport, MPV bukan dicipta untuk menjadi juara di lampu isyarat.



TEMPAT duduk pemandu yang boleh dilaras ketinggiannya.

Kajian pasaran dilakukan dengan serius. Perodua benar-benar bertuah kerana telah memperoleh pengalaman luas Toyota dalam mengenali pasaran. Kajian yang dilakukan di Malaysia, jelas bahawa profil keluarga Malaysia telah berubah sejak sedekad lalu. Purata bilangan ahli keluarga berkurangan daripada enam kepada empat orang.

Malah golongan itu melihat MPV tidak hanya perlu ada ruang luas, mereka lebih mementingkan faktor sporty, penjimatan bahan api dan harga yang mampu dimiliki. Ringkasnya, mereka mahukan sesuatu seperti Toyota Wish dan Honda Stream pada harga yang mampu dibeli.

Alza penuhi citarasa

Perodua menyasarkan jualan sebanyak 3,500 hingga 4,000 unit Alza sebulan. Mereka juga optimis bahawa pasaran MPV akan berkembang mencecah 30 peratus pada tahun hadapan.

Angka tersebut mungkin nampak tidak realistik. Namun sejarah telah membuktikan bahawa ketika awal pengenalan Avanza, TIV (Total Industry Volume) untuk MPV pernah mencecah 21 peratus. Angka itu bersandarkan kepada kajian dalaman yang telah mereka lakukan. Jika Avanza yang dibina berasaskan kerangka trak (ladder frame) itu laris, sudah tentu badan monocoque Alza akan lakukannya dengan lebih baik.



RUANG kabin yang cukup selesa untuk membawa seluruh ahli keluarga.

Ketika Myvi diperkenalkan juga ramai yang tidak mempedulikannya, sehinggalah ia menguasai pasaran hampir setiap bulan dari hari pertama ia dilancarkan. Saya pernah meramal model itu bakal meletup di pasaran. Asasnya ketika itu, jika orang boleh membeli Hyundai Getz, Chevrolet Aveo dan Suzuki Swift sudah tentu Myvi mempunyai banyak kelebihan dari segi harga. Ia paling murah, sesuatu yang sukar anda ketepikan.

Kalau anda biasa meninjau di laman web dan blog automotif tempatan, kereta seperti Viva menerima pelbagai kritikan dan tohmahan. Tetapi hakikat yang tidak dapat diubah, kereta itu nombor dua larisnya di Malaysia.

Ia ada pakej sebuah kereta pemanduan bandar yang diperlukan oleh anak muda yang baru mula bekerja, suri rumah dan pelajar kolej. Realitinya, segmentasi pasarannya tepat, harganya munasabah untuk kereta yang berstatus tempatan.

Perodua diyakini kualiti binaannya. Kereta Perodua jarang sekali menimbulkan masalah kepada pemiliknya. Alat gantinya murah dan mudah didapati, teknologinya asas.



Walaupun pengendaliannya menyakitkan hati, tetapi berapa ramai pembeli yang kisah? Pembeli pentingkan sesuatu yang bernilai untuk dibayar. Mereka tidak kisah pun tentang rating keselamatan yang tinggi atau pengendalian terlalu bagus. Apa lebih penting, kereta yang ekonomikal dan mempunyai nilai jualan balik yang tinggi.

Alza memenuhi citarasa keluarga kecil dan anak muda yang ingin bergaya. Bukan saya yang kata, tetapi ia berdasarkan data daripada kajian pasaran.


Alza sebenarnya tidak sesuai digelar MPV. Perodua sendiri menyedari hakikat itu dengan meletakkan tagline 'Car One Moment, MPV The Next'. Kenderaan itu adalah transisi antara sebuah kereta, station wagon kepada MPV.

Jika anda mengharapkan tujuh dewasa dengan bagasi dan keselesaan, Alza bukan pilihan yang tepat. Namun jika anda mahukan kereta yang boleh mengangkut perkakasan dari Ikea, membawa kawan atau keluarga bersantai di hujung minggu, Alza mungkin calon terbaik.

Lidah buaya pudar parut

























SIAPA yang tidak risau apabila berparut terutama wanita yang mementingkan penampilan diri.

Bagi penyanyi terkenal, Camelia ada beberapa petua mengenai parut yang ingin dikongsi bersama pembaca.

Bahan semula jadi iaitu lidah buaya menjadi pilihannya untuk membantu merawat parut. Lidah buaya memang memiliki banyak khasiat.

Hanya ambil lidah buaya dan buang durinya, kemudian buangkan kulit untuk mengambil lendirnya.

Sapukan lendir lidah buaya itu pada parut di muka atau badan.

Cuma, parut itu haruslah parut yang baru, bukannya parut yang sudah kering.

Camelia juga mempunyai petua untuk membuat bahan lulur wajah sendiri menggunakan buah avokado.

Untuk kulit wajah yang kering, ambil isi daripada sebiji avokado yang masak. Lenyek isinya dan sapukan ke muka, biarkan selama 30 minit.

Untuk kulit normal pula, tambahkan putih telur yang dipukul terlebih dulu dan kacau bersama isi avokado. Selepas itu, basuh muka dengan air suam atau air mawar menggunakan kapas.

Avokado mengandungi vitamin A dan ejen antipenuaan yang memberi kesegaran serta membantu melicin dan melembapkan kulit.

Timun pula menjadi pilihan Camelia untuk membantu menyingkirkan jerawat.

Timun bukan saja dapat menyejukkan badan, tetapi ia boleh digunakan untuk rawatan kecantikan seperti masalah jerawat kerana timun kaya dengan sumber vitamin dan mineral.

Hanya campur parutan timun dengan kuning telur. Kacau sebati dan sapukan ke seluruh muka, biarkan antara 15 hingga 20 minit, kemudian bilas dengan air bersih.

Cara ini perlu sentiasa diamalkan supaya jerawat cepat kering. Untuk kulit muka yang kasar pula, ia boleh dirawat dengan timun.

Caranya juga mudah iaitu parut timun dan ambil air perahannya. Kemudian, gaul dengan tepung jagung dan sapu pada seluruh wajah setiap malam sebelum tidur. Keesokan pagi, cuci muka dengan air bersih.

Khasiat timun juga boleh membantu untuk mengatasi bau badan. Ambil sebiji timun muda dan kupas kulitnya.

Cuci dan gosokkan pada bahagian badan yang sering berpeluh. Ia harus sentiasa diamalkan ketika mandi atau selepas mandi.

Masalah kelemumur sering menjadi rungutan wanita. Untuk menghilangkan kelemumur, campur air perahan limau nipis dengan sedikit air sebelum digosok pada kulit kepala.

Selain menggunakan perahan limau nipis, ada cara lain yang boleh dicuba termasuk menggunakan daun pandan.

Ambil kira-kira 10 helai daun pandan yang agak tua, kemudian ia ditumbuk sehingga halus dan dicampurkan dengan dua gelas air.

Tapis campuran itu dan sapukan dengan rata pada rambut yang sudah dibersihkan. Biarkan selama setengah jam dan bilas rambut dengan air bersih. Ia bukan saja membantu mengurangkan kelemumur malah rambut berbau wangi.

Amalan orang lama pula hanya menggunakan santan. Ambil kelapa tua dan perah pekat-pekat. Biarkan selama sejam supaya patinya naik.

Kemudian, barulah ia disapu pada rambut. Balut rambut dengan tuala bersih dan perap selama setengah jam. Jika kerap diamalkan, ia membantu untuk mendapatkan rambut yang sihat dan cantik.

Meskipun segala amalan tadi menjadi sebahagian daripada rutin Camelia, dia turut meminum InnerShine Pati Prun sebotol setiap hari, sebelum tidur untuk membantu menyingkirkan toksin di dalam badan agar sentiasa sihat dan raut wajah kelihatan berseri.
Jika kau percaya Matahari dan bulan masih ditempatnya Maka bukalah pintu hatimu seluas-luasnya Kerana ada bahagia Yang sedang menantimu di sana
If you love someone Let them go If they return to you It was meant to be If they don't Their love was never yours to begin with "It's hard to tell if you love someone until they are gone"
Dalam kerendahan diri ada ketinggian budi Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa Dalam kesempitan hidup ada keluasan ilmu Hidup ini indah jika segalanya kerana Allah
biLa MaTa berTeMu MaTa aKaN TiMbuL raSa ciNTa biLa HaTi berTeMu HaTi aKaN TiMbuL raSa SaYaNg daN biLa DaHi berTeMu SeJaDaH aKaN TeRaSa KEBESARAN ALLAH S.W.T
cinta itu memang indah. kalau dalam hati ada cinta

Recent Posts

 

Copyright 2009 All Right Reserved. Crafted by KMK